Setiausaha Agung PBB Kutuk Insiden Tembakan di AS

2022-05-16 14:18:39  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam satu kenyataan diumumkan semalam menunjukkan rasa terkejut terhadap kes tembakan rambang dalam satu pasar raya di bandar Buffalo, Amerika Syarikat (AS) dan menyifatkan insiden itu sebagai “tindakan rasialisme kekerasan yang melampau”, di samping menyampaikan duka cita yang ikhlas kepada ahli keluarga mangsa.

Dalam kenyataan tersebut, Guterres juga mengecam sebarang rasialisme dan diskriminasi berdasarkan perbezaan ras, agama dan kepercayaan serta bangsa. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa agar berusaha bersama-sama untuk membina masyarakat yang lebih aman dan inklusif.