Gimik AS Melobi ASEAN Mengekang China Sia-sia
Gimik Amerika Syarikat (AS) yang cuba melobi negara ASEAN menyertai pelaksanaan strategi Indo-Pasifik anjurannya agar membina barisan bersatu untuk mengekang China sukar dijayakan. Demikian dinyatakan profesor Yang Baojun daripada Universiti Thammasat Thailand.
Yang berkata, ASEAN sejak hari ditubuhkan sentiasa mengamalkan dasar luar yang berkecuali. Dalam pertemuan pemimpin AS-ASEAN yang diadakan baru-baru ini, ASEAN mengambil sikap tidak memihak sehingga AS sukar mewujudkan sasarannya.
Menurut beliau, mendorong pemulihan ekonomi dengan secepat mungkin merupakan tugas mendesak bagi pelbagai negara. ‘Rangka Ekonomi Indo-Pasifik’ yang diheboh-hebohkan AS pernah menarik perhatian beberapa negara ASEAN. Namun, dalam sidang pemimpin AS-ASEAN kali ini, AS telah mengecewakan negara ASEAN kerana tidak mengemukakan visi keseluruhan dan perincian rancangan berkenaan. Menyentuh kerjasama ekonomi serantau dan isu hak asasi manusia, terdapat juga perbezaan dan perselisihan dlam pendirian ASEAN dan AS.
Selain itu, kerjasama ekonomi China-ASEAN yang menyumbang besar kepada perkembangan sosioekonomi dan peningkatkan taraf kehidupan rakyat di rantau ini sejak hari kelahiran Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN pun dilihat sebagai satu faktor yang menyebabkan gimik AS menjadi sia-sia.