China Huraikani Inisiatif Pembangunan Global

2022-05-17 12:11:58  CRI
Share with:

Dalam mesyuarat ke-23 kumpulan kerja antara kerajaan mengenai hak pembangunan anjuran Majlis Hak Asasi Manusia PBB semalam, wakil China telah menekankan bahawa hak asasi manusia boleh berkembang maju melalui pembangunan, dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk mementingkan isu pembangunan serta melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global.

 

Menurut wakil China ini, pembangunan merupakan kunci bagi penyelesaian sebarang masalah. Oleh itu, China mengemukakan Inisiatif Pembangunan Global untuk membantu masyarakat antaranbangsa memupuk kesedaran mementingkan isu pembangunan, mendorong perkembangan perkongsian pembangunan di arena antarabangsa, memacu kerjasama pembangunan antarabangsa supaya menyuntik kesegaran yang dinamik kepada pelaksanaan Agenda 2030 dan merealisasikan pembangunan global yang kuat, hijau dan sihat.

 

Wakil China ini juga menekankan bahawa pelbagai negara perlu menjadikan hak asasi manusia memanfaatkan pembangunan sebanyak mungkin, mengamalkan konsep pembangunan yang berpaksikan rakyat, iaitu demi rakyat, bergantung kepada rakyat dan pencapaiannya  dikongsi rakyat. Selain itu, pelbagai negara perlu terus mendorong pembangunan yang inklusif dan relevan dengan umum, menyelesaikan masalah tidak seimbang dan tidak mencukupi dalam pembangunan yang didapati terwujud bukan sahaja antara negara tetapi juga dalam setiap negara. Sementara itu, multilateralisme perlu dikekalkan untuk menyokong PBB terus memainkan peranan penyelaras sepanjang pelaksanaan Agenda 2030. Negara-negara maju diseru memberi sokongan dan bantuan yang lebih besar dan tepat kepada negara-negara membangun.