Teknologi Digital Jadikan Hidup Warga Emas Lebih Baik

2022-05-17 11:31:41  CRI
Share with:

Hari ini merupakan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Maklumat Sedunia, dan temanya pada tahun ini adalah "Teknologi Digital untuk Warga Emas dan Penuaan Sihat".

Pada beberapa tahun lalu, banyak tempat di China telah aktif meneroka promosi teknologi kepada golongan warga emas, membantu mereka merapatkan "jurang digital" dan menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Seorang warga emas menikmati kemudahan "katil penjagaan pintar" dengan bantuan jururawat di bandar Chongqing, barat daya China.

Seorang nenek yang berusia 80 tahun dari Shanghai kelihatan sedang memanfaatkan perkhidmatan "klik untuk panggil teksi" pada skrin pintar untuk membantu warga emas.

Seorang kakitangan kelihatan memakaikan gelang pintar nenek Xu yang tinggal di kampung, provinsi Anhui. Gelang ini boleh berfungsi sebagai penggera, membuat panggilan suara, menentududukan dan memantau kesihatan.

Sukarelawan mengajar seorang datuk cara menggunakan telefon pintar dalam kegiatan mempromosikan teknologi digital.