Kritikan Barat terhadap Rusia Tunjukkan "Dwi Standard” dan Hipokrisi

2022-05-17 15:47:53  CRI
Share with:

Perbuatann kem Barat yang mengecam Rusia dengan berdalih memelihara perundangan antarabangsa telah mengundang kritikan yang meluas. Mereka beranggapan bahawa perbuatan dunia Barat seumpama itu menonjolkan “dwi standard” dan hipokrisi.

Demikian dinyatakan Profesor Nico Krischko dari Institut Siswazah bagi Pengajian Antarabangsa dan Pembangunan (IHEID) dalam rancangan pengarangnya yang diterbitkan dalam Akhbar Frankfurter Allgemeine Zeitung Jerman Isnin lalu.

Menurutnya, apabila kepentingan sendiri terlibat, sempadan antarabangsa dipandang remeh, Bagaimanapun kalau kepentingan negara lain menghadapi ancaman, sempadan itu turut menjadi keprihatinan teras.

Di mata para pengkritik, campur tangan ketenteraan negara Barat terhadap Kosovo, Libya dan Syria tidak selaras dengan perundangan antarabangsa.

Tambahnya, berkuatkuasanya perundangan antarabangsa tidak terlepas dari sokongan semua pihak. Sekiranya berlaku amalan "dwi standard", reputasi perundangan antarabangsa akan terjejas.