Rujukan AS kepada UNCLOS Tidak Menyakinkan

2022-05-17 13:57:27  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) tidak layak melakukan perbincangan dan mengkritik negara lain berdasarkan rujukan kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian pada sidang media pada Isnin.

Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Sidang Kemuncak AS-ASEAN pada 13 Mei lalu, kedua-dua pihak akan mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau serta kebebasan pelayaran dan penerbangan, menegaskan pertikaian perlu diselesaikan secara aman berdasarkan rujukan kepada prinsip yang terkandung dalam undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS.

Ketika memberi respons terhadap kenyataan tersebut, Zhao berkata, ia adalah ironik bahawa AS yang bukan negara pemeterai UNCLOS, selalu suka menuding jari berdasarkan rujukan kepada konvensyen itu. 

“Kenyataan AS berhubung UNCLOS yang kekurangan kredibiliti itu sukar dipercayai,” kata Zhao.

Menurut Zhao, sebagai sebuah negara di luar rantau ini, AS digesa menghormati usaha bersama negara serantau untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan dan jangan mengganggu Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) daripada dicapai. 

Zhao berkata, penggubalan COC adalah hasil aspirasi bersama China dan negara-negara ASEAN.

“Dengan usaha bersama China dan ASEAN, keadaan di Laut China Selatan kekal stabil pada keseluruhannya.

“Pada akhir Mei, kedua-dua pihak akan mengadakan rundingan mengenai COC secara bersemuka. China penuh keyakinan terhadap prospek untuk memuktamadkan COC,” kata Zhao.