IMF: Berat RMB dalam SDR Naik Kepada 12.28 Peratus

2022-05-17 13:29:27  CRI
Share with:

Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyelesaikan semakan penilaian Hak Pengeluaran Khas (SDR) lima tahunnya baru-baru ini.


Ini merupakan semakan kali pertama sejak RMB dimasukkan bakul SDR pada 2016.


Lembaga Eksekutif IMF dengan sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan komposisi mata wang bakul SDR yang sedia ada iaitu dolar Amerika (USD), Euro, Renminbi (RMB), Yen Jepun dan Pound British (GBP).


Di samping itu, berat RMB dtingkatkan daripada 10.92 peratus kepada 12.28 peratus (peningkatan 1.36 peratus), manakala USD dinaikkan daripada 41.73 peratus kepada 43.38 peratus.


Selain itu, berat Euro, Yen dan GBP masing-masing diturunkan daripada 30.93 peratus, 8.33 peratus dan 8.09 peratus kepada 29.31 peratus, 7.59 peratus dan 7.44 peratus, sekali gus menjadikan berat nilai RMB kekal di tempat ketiga.


Keputusan tersebut akan berkuatkuasa pada 1 Ogos tahun ini, dan semakan penilaian SDR seterusnya akan dijalankan pada tahun 2027.


Menurut Bank Rakyat China, iaitu bank pusat, negara ini tidak berganjak dalam melaksanakan pembaharuan dan pintu terbuka, dan akan memperkasakan tahap keterbukaan pada masa depan.


Pada fasa seterusnya, Bank Rakyat China akan bersama-sama pihak-pihak berkuasa kewangan untuk menggalakkan pembaharuan dan keterbukaan pasaran kewangan negara ini, memudahkan lagi prosedur akses pelabur asing ke pasaran China, menambah jenis aset yang boleh dilabur, dan menyempurnakan  pendedahan data.


Pada masa yang sama, pihak berkuasa di China akan memperbaiki persekitaran perniagaan, memanjangkan waktu urus niaga pasaran pertukaran asing antara pelbagai bank, terus meningkatkan kemudahan melabur dalam pasaran China, dan membina iklim lebih baik bagi pelabur asing dan institusi antarabangsa.