Putin: Makmal AS di Ukraine Kaji Penularan Virus

2022-05-17 15:53:37  CRI
Share with:

Rusia telah mengumpulkan bukti tulisan yang menunjukkan makmal kendalian Amerika Syarikat (AS) di Ukraine bertujuan untuk mengaji penularan virus. Demikian ujar Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CIS) pada Isnin lalu.

Pada hari yang sama, Naib Pengerusi Majlis Persekutuan Rusia, Konstantin Kosachev berkata, pihaknya akan menginisiatifkan satu siasatan antarabangsa dalam kerangka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap AS dan Ukraine yang melanggar Konvensyen Senjata Biologi (BWC). Naib Pengerusi Duma Negara Rusia, Irina Yarovaya pula mendakwa bahawa AS dan Ukraine menyediakan maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat pada lima tahun yang lalu semasa berkuatkuasanya BWC.

Dimaklumkan, terdapat 336 makmal biologi kendalian AS di 30 buah negara di seluruh dunia, yang menjadikan negara Uncle Sam paling banyak melakukan kegiatan ketenteraan bialogi, dan juga satu-satunya negara yang menggunakan senjata biologi dan kimia dalam beberapa banyak peperangan. Walaupun sudah memeterai BWC, AS sentiasa menentang mekanisme pemeriksaan pelbagai hala daripada dibentuk.