Qi Haonan, Si Tukang Baiki Jam di Istana Kuno

2022-05-18 13:16:41  CRI
Share with:

Sejurus menamatkan pengajian dari universiti pada 2005, Qi Haonan diberi peluang untuk berkhidmat di jabatan pemulihan peninggalan sejarah Istana Kuno atau Forbbiden City di Beijing.

Beliau mempelajari sedikit demi sedikit menerusi sifunya tentang jam termasuk daripada pergerakan mudah sehingga kepada sistem pengendalian yang kompleks, seterusnya beransur-ansur mampu menyelesaikan pemulihan jam secara sendiri.

Kebanyakan jam di Istana Kuno lebih berfungsi sebagai hiasan. Di samping itu, tiada rajah atau lukisan untuk rujukan kerana hanya terdapat satu atau sepasang sahaja.

Cara membuka struktur luaran setiap jam purba, memulihkan sistem mekanikal dan menghasilkan semula fungsi prestasi adalah satu cabaran baharu.

Pada 2019, Qi mula cuba menggunakan lebih banyak media baharu untuk mewarisi dan menyebarkan seni tukangan ini, selain memaparkan peninggalan budaya pada platform video pendek dan mempopularkan pengetahuan tentang jam kuno tersebut.

Beliau berharap lebih ramai orang, terutamanya kanak-kanak di kawasan terpencil, berpeluang melihat cara jam purba berputar, memafami sejarah dan budaya tradisional, dan menghayati daya tarikan jam kuno.