"Pameran Pakej Premium Hari Pelancongan China" di Yangon secara Maya
Siri aktiviti "Pameran Pakej Premium Hari Pelancongan China" telah dilancarkan secara maya melalui beberapa banyak media semalam dan akan berlangsung hingga 22 Mei bagi menyambut “Hari Pelancongan China” ke-12 yang jatuh pada Khamis.
Pameran tersebut dianjurkan bersama oleh Jabatan Pertukaran dan Kerjasama Antarabangsa Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, Pusat Pertukaran Kebudayaan Dalam dan Luar Negeri China, dan Pusat Kebudayaan Cina Yangon Myanmar.
Dimaklumkan, para pengunjung berpeluang mengenali dan menghayati ketrampilan kraf tangan di kalangan rakyat China, adat resam dan keindahan pemandangan alam melalui video pendek dan interaksi dalam pameran terbabit.