Gimik Klise AS Dalang TaiwanTampil di Pentas Dunia

2022-05-18 14:58:36  CRI
Share with:

Segelintir politikus Amerika Syariakt (AS) sekali lagi mempermainkan gimik klise menjelang perasmian Perhimpunan Persatuan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75.

Baru-baru ini, pemimpin AS menandatangani apa yang disebut "rang undang-undang yang mengarahkan Setiausaha Negara menetapkan strategi untuk membantu Taiwan mendapatkan semula kedudukan peninjau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)". Perbuatan AS yang biadab ini dilihat mencampuri urusan dalaman China, melanggar prinsip Satu China dan peraturan berkenaan yang terkandung dalam tiga Pengumuman Bersama China-AS, mencabuli undang-undang antarabangsa serta prinsip asas hubungan antarabangsa, dan ditakdir hanya akan menjadi sia-sia sahaja.

 

WHO ialah salah satu institusi di bawah PBB yang hanya boleh dianggotai negara-negara berdaulat. Mengikut resolusi PBB dan WHO, penglibatan wilayah Taiwan dalam jadual WHO mesti diuruskan berdasarkan prinsip Satu China. Pada 2009 hingga 2016, Taiwan sebagai peninjau atas nama "Taipei China" pernah menyertai perhimpunan WHO berdasarkan "konsensus 1992" dan hasil rundingan dengan Tanah Besar.

 

AS dan pihak berkuasa Taiwan sangat jelas akan punca yang menyebabkan wilayah Taiwan ditolak WHA selepas itu. Sejak Parti Kemajuan Demokratik (DPP) menjadi pemerintah di wilayah Taiwan pada Mei 2016, pihaknya degil mengekalkan pendirian "kemerdekaan Taiwan", menolak "Konsensus 1992" sehingga mengakibatkan asas politik penglibatan Taiwan dalam perhimpunan WHO tidak wujud lagi. Inilah hakikat yang sebenar, walaupun AS dan Taiwan yang beralasan "wabak COVID-19" , mahu mengelirukan masyarakat antarabangsa.

 

Dari apa yang disebut kerjasama ketenteraan AS-Taiwan, hingga lawatan politikus dan ahli Kongres ke Taiwan, sesetengah politikus AS kelihatan bertalu-talu menjejaskan pelaksanaan dasar Satu China, mengekang pembangunan China di samping mengaut laba politik untuk tujuan masing-masing. Maka, pihak berkuasa Taiwan ditakdirkan hanya anak catur dipermainkan Washington. Pada beberapa hari lalu, pembatalan kontrak penjualan senjata AS kepada Taiwan sungguh mengecewakan pihak berkuasa pulau itu. Sehubungan itu, media Taiwan mempersoalkan siapakah akan terpedaya lagi dalam gimik AS yang mendalang Taiwan menyertai WHA?

 

Isu Taiwan merupakan isu paling penting dan sensitif dalam hubungan China-AS, sekali gus isu melibatkan kepentingan teras China. Oleh itu, sebarang perbuatan yang menyokong "kemerdekaan Taiwan" pasti mengundang bantahan tajam dari Tanah Besar China dan ditakdir hanya akan menjadi sia-sia sahaja.