China Ada 395 Muzium Baharu, Duduki Tangga Teratas Dunia

2022-05-18 14:51:58  CRI
Share with:

Sempena Hari Muzium Antarabangsa yang jatuh pada hari ini, Presiden China, Xi Jinping mengarahkan agar kerja-kerja perlindungan terhadap artifak harus memaparkan tentang tamadun China.

Selaku individu yang sangat menghargai nilai arkeologi dan perlindungan artifak, beliau juga kerap menggunakan barang-barang artifak China untuk menceritakan kisah mengenai China kepada masyarakat antarabangsa.

Menurut Xi, usaha harus dilakukan untuk menghormati dan mewujudkan hidup bersama antara tamadun yang berlainan agar menjadikannya jambatan bagi menggalakkan persahabatan rakyat pelbagai negara dan pembangunan masyarakat antarabangsa serta menyumbang kepada kedamaian dunia.

Beliau menyatakan bahawa usaha menghidupkan semula artifak di pelbagai muzium, warisan budaya dan catatan purba terhadap tamadun seluruh dunia merupakan harta moral umat manusia. 

Difahamkan, terdapat 395 muzium baharu berdaftar di seluruh China pada tahun 2021, sekali gus menjadikan jumlah muzium di negara ini sebanyak 6,183 buah, dan menduduki tempat teratas di dunia.

Daripada kesemua jumlah tersebut, sebanyak 5,605 adalah dibuka secara percuma kepada awam.

Pada 2021, muzium di China mencatatkan penganjuran lebih 36 ribu pameran dan 323 ribu aktiviti pendidikan.

Meskipun terkena tempias wabak, muzim di China masih menerima lebih 779 juta pengunjung, menganjurkan lebih 3,000 pameran secara dalam talian dengan 10 ribu aktiviti pendidikan secara dalam talian pada tahun lalu.