Kelab “Jambatan Bahasa Mandarin”Kuala Lumpur Ditubuhkan

2022-05-18 14:56:35  CRI
Share with:

Kelab "Jambatan Bahasa Mandarin" Kuala Lumpur telah ditubuhkan semalam demi peningkatan interaksi kebudayaan dan pendidikan antara kedua-dua negara Malaysia-China.

Majlis perasmian berkenaan telah diserikan dengan kehadiran Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Pengerusi pertama kelab tersebut, Dai Xiaohua berkata, diharapkan bahawa kelab tersebut bukan sahaja menjadi platform pembelajaran bahasa Mandarin dan kebudayaan China serta persada interaksi bagi remaja berbilang bangsa saling belajar dan mengenal, malahan akan  menjadi jambatan persahabatan kalangan rakyat Malaysia-China sekali gus mendorong kerjasama substantif dalam bidang pendidikan dan kebudayaan kedua-dua pihak.