Tanah Tandus Jadi Ladang Subur
2022-05-18 20:43:27 cri
Jagung yang ditanam secara meluas di kaunti Wushan, provinsi Gansu pada ketinggian 2,100 meter dari paras laut dilihat bertumbuh dengan sangat baik.
Tanah yang dahulunya tandus, berubah wajah menjadi ladang subur hasil usaha gigih kerajaan tempatan pada beberapa tahun kebelakangan ini.
Selain itu, pelbagai insentif juga dilaksanakan bagi menggalakkan perkembangan koperasi pertanian yang disertai kaum petani.
Usaha tersebut telah menyumbang kepada peningkatan keluaran pelbagai jenis hasil pertanian seperti jagung, ubi kentang dan gandum.