Langit Penuh Bintang di Xinjiang dan Tibet, Beri Pemandangan Mengujakan

2022-05-19 12:16:12  CRI
Share with:

Di wilayah Xinjiang, China, selain padang pasir, padang rumput, dan gobi, terdapat juga langit bintang yang penuh mengujakan.

Pada waktu malam, bintang-bintang berkilauan, dan Bima Sakti terbentang di langit, seolah-olah boleh disentuh.

Bulan Mei hingga Oktober merupakan musim yang paling sesuai bagi orang ramai untuk menikmati dan merakam keindahan langit malam menerusi lensa kamera di Xinjiang.

Dalam beberapa tahun lalu, industri pelancongan 'langit penuh bintang' di Xinjiang berkembang dengan pesat.

Sehubungan dengan itu, kemudahan perisian dan perkakasan untuk melihat bintang telah dipertingkatkan di banyak tempat untuk menarik pelancong.

Pangkalan khemah untuk melihat bintang didirikan di padang pasir Kumtag, dan khemah untuk rumah mudah alih (yurt) serta RV turut dibina di Kektokay.

Langit penuh bintang di Xinjiang membuatkan warga bandar dapat melupakan kehidupan yang kompleks, dan sebaliknya mendapat ketenangan jiwa apabila diterangi oleh cahaya bintang.

Di wilayah Tibet pula, terdapat juga tempat-tempat yang amat sesuai untuk melihat bintang.

Pada 2018, selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Malam Gelap Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), Kawasan Perlindungan Langit Gelap Ali dan Nagqu di Tibet secara rasmi dimasukkan dalam Senarai Dunia Kawasan Terlindung Malam Gelap, yang juga merupakan kawasan perlindungan malam gelap pertama di China yang diiktiraf oleh organisasi antarabangsa.