Elokkan Keganasan Cermin BBC ‘Kaki Fitnah’.

2022-05-19 12:43:15  CRI
Share with:

Tindakan BBC sebagai salah satu media Barat yang berpengaruh besar yang mengeluarkan laporan untuk mengelokkan serangan keganasan dilihat membelakangi kesaksamaan dan keadilan antarabangsa serta etika profesi tanpa menjaga asas moral, dan sebenarnya mencerminkan pilihannya mahu bermusuhan dengan pencinta damai seluruh dunia.

Pada 26 April lalu, satu letupan bom berlaku menyasarkan sebuah van penumpang sewa khas berhampiran Institut Konfucius di Universiti Karachi Pakistan, menyebabkan tiga guru China terbunuh dan seorang lagi cedera. Kejadian ini menggemparkan dunia, sehingga Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) turut mengeluarkan kenyataan pengerusi yang mengutuk serangan keganasan tersebut.

Bagaimanapun, BBC baru-baru ini secara terbuka cuba mencari alasan yang rasional untuk serangan keganasan tersebut. Seperti yang dikatakan seorang netizen Perancis, sebarang tindakan yang berniat mengkategorikan pengganas sebagai orang baik atau jahat, sebenarnya adalah untuk menghalalkan perbuatan pengganas.

Maklumlah, media negara-negara Barat yang diwakili BBC sudah biasa ‘menghalalkan’ perbuatan pengganas mengikut dwistandard sejak sekian lama. Ini kerana kebanyakan media tersebut dikuasai konsortium dan berkhidmat untuk pemilik modal. Badan media  yang bertudung “kebebasan bersuara”hanya boleh berperanan sebagai “tukang pukul” di negara-negara Barat yang didominasi gandingan modal-kuasa politik.

“Kami boleh mencetuskan perang jika anda bekalkan gambar.” Ini adalah hakikat  badan media di negara-negara Barat yang sentiasa mengaut keuntungan tanpa mempedulikan peranannya boleh menjadi ‘kaki fitnah’. Segelintir badan media termasuk BBC yang cuba mengelokkan perbuatan pengganas wajar mendapat kecaman pedas dari masyarakat antarabangsa.