Yang Jiechi Hubungi Jake Sullivan Via Telefon

2022-05-19 14:43:51  CRI
Share with:

Anggota Biro Politik Pusat Parti Komunis China (PKC), yang juga Pengarah Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Pusat, Yang Jiechi telah menghubungi Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan menerusi telefon semalam waktu Beijing.

Yang berkata, perbuatan salah yang dilakukan AS untuk mencampuri urusan dalaman China dan menjejaskan kepentingan China baru-baru ini telah mengundang bantahan tajam daripada China. AS didesak melaksanakan komitmennya melalui penggubalan dasar dan tindakan yang konkrit. AS perlu bertindak selaras dengan visi China dengan mengawal perselisihan dan mendorong hubungan bilateral berkembang kembali ke landasan yang betul, sihat dan stabil.

Yang menekankan bahawa isu Taiwan merupakan isu paling penting, sensitif dan teras dalam hubungan China-AS.  Washinton disedak mematuhi prinsip Satu China dan tiga Pengumuman Bersama China-AS. China sama sekali tidak ragu-ragu untuk menjalankan tindakan melindungi kedaulatan dan kepentingan keselamatan negara sendiri.

Menurut Yang, keamanan, kerjasama dan pembangunan merupakan trend semasa di rantau Asia Pasifik. Oleh itu, sebarang tindakan yang bertujuan menjejaskan kepentingan asas dan kepentingan jangka masa panjang pelbagai negara rantau ini ditakdir gagal.

Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan tentang isu antarabangsa dan serantau termasuk isu Ukraine dan Semenanjung Korea.