Kumpulan Baharu Vaksin COVID-19 Sumbangan China Tiba di Myanmar

2022-05-19 12:56:38  CRI
Share with:

Kumpulan baharu vaksin COVID-19 yang disumbangkan kerajaan China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar pada Rabu. Sekumpulan picagari vaksin juga diangkut dengan kapal yang sama.

Menurut maklumat daripada Kedutaan Besar China ke Myanmar, sejak wabak COVID-19 tercetus, China dan Myanmar telah menjalankan kerjasama yang aktif, terbukti dengan 65.1% jumlah vaksin di Myanmar  adalah sumbangan China. Selain itu,China juga membantu Myanmar mengeluarkan vaksin di negaranya sendiri, dan produk hasilan usaha sama itu sudah dimulakan penggunaannya dalam vaksinasi.

Menurut data daripada Kementerian Kesihatan Myanmar kelmarin, jumlah komulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di negara itu mencatat 613,168, manakala 19,434 nyawa diragut dan 592,123 orang sudah sembuh selepas menerima rawatan.