Lebih Banyak Peluang Disediakan untuk Pelabur Asing

2022-05-19 15:09:12  CRI
Share with:

Ekonomi China tetap akomodatif, berpotensi besar dan kondusif untuk suatu jangka masa yang panjang, Kerajaannya akan terus memperdalam pembaharuan, meningkatkan tahap keterbukaan, menyempurnakan persekitaran perniagaan yang berorientasikan hukum pasaran, perundangan dan kelaziman antarabangsa di samping menyediakan lebih banyak peluang kepada pelabur asing termasuk syarikat Amerika Syarikat (AS).

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media pada Rabu.

Dimaklumkan, menurut “Kertas Putih Perusahaan AS di China” edisi tahun 2022 yang disiarkan Dewan Perniagaan AS di China (AmCham China) baru-baru ini, pihaknya sama sekali menentang perbuatan yang bertujuan ‘melepaskan semua kaitan’ antara Washington dengan Beijing, sebaliknya menyokong langkah memperluas pembatalan tarif terhadap China, dan mengelakkan dasar pencegahan dan kawalan wabak daripada dipolitikkan.

Wang menegaskan, hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS adalah saling menguntungkan pasa asasnya, kerana China salah satu pasaran yang terbesar dan pertumbuhannya terpesat di dunia, dan juga pasaran eksport penting bagi produk dan perkhidmatan AS. China yang mempunyai sistem penyelidikan, pembangunan serta inovasi yang kuat adalah sumber pendapatan beberapa banyak syarikat terkenal AS. Sementara itu, China adalah sumber barang dan pembekal penting bagi banyak produk dan alat ganti, dan boleh membawa manfaat kepada pengguna Washington dengan kos rendah dan skala perkilangan yang besar. Antara perusahaan yang diwawancara, lebih dua pertiga responden mengiktiraf China merupakan antara tiga tangga terdepan dalam ranking destinasi pelaburan global.

Wang menambah, sehubungan itu, China akan mengaji saranan yang termaktub dalam kertas putih tersebut.