China-Vietnam Lepaskan 64 Juta Benih Ikan

2022-05-19 14:41:56  CRI
Share with:


Teluk Beibu merupakan perairan perikanan milik bersama nelayan China dan Vietnam. Untuk mendorong pembangunan mampan industri perikanan di perairan tersebut, bandar Beihai, wilayah Guangxi China dan bandar Ha Long, Vietnam telah bersama-sama melepaskan benih ikan sebanyak 64 juta ekor.

Sebagai rekod, China dan Vietnam pernah bersama-sama mengadakan aktiviti sedemikian sebanyak 4 kali sejak 2017. Jumlah akumulatif pelbagai jenis anak ikan dilepaskan China ke Teluk Beibu melebihi 150 juta ekor.

Pegawai berkenaan dari Kementerian Pertanian dan Desa China menyatakan pihaknya bersedia meneruskan pelaksanaan perjanjian kerjasama industri perikanan dengan Vietnam supaya memastikan  suasana kerjasama perikanan di Teluk Beibu kekal baik.