China Pentingkan Hubungan dengan ASEAN, Sudi Intensifkan Kerjasama Pelbagai Bidang
Dua laporan terkini yang dikeluarkan akhbar Global Times mencerminkan sifat muhibah rakyat China dan persepsi baik, keyakinan serta sikap positif mereka terhadap negara-negara ASEAN.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika ditanya mengulas tentang laporan oleh akbar tersebut berhubung tinjauan umum mengenai "pemahaman dan sikap warga China terhadap ASEAN" dan "pemahaman dan sikap mahasiswa China terhadap kerjasama China-ASEAN".
Menurut beliau, China amat mementingkan hubungan dengan ASEAN dan mengutamakan ASEAN dalam hubungan diplomatik negara ini.
Jelas Wang, dengan usaha bersama China-ASEAN, hubungan kedua-dua pihak berkembang baik dan mencapai hasil yang memberangsangkan.
"Pada tahun 2021, kedua-dua pihak bersama-sama menyambut ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN dan penjalinan hubungan rakan strategik komprehensif China-ASEAN.
"Pada 1 Januari tahun ini, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mula berkuatkuasa secara rasmi, sekali gus menyuntik kedinamikan baharu kepada kedamaian dan kestabilan, kemakmuran dan pembangunan dunia," ujar beliau.
Wang menambah, hasil tinjauan umum tersebut memperlihatkan pengiktirafan penduduk China terhadap sumbungan optimis ASEAN terhadap kedamaian dan pembangunan rantau Asia-Pasifik, serta pemahaman mereka terhadap kekuatan dari luar rantau ini yang ingin menjejaskan hubungan antara China dengan ASEAN.
"Negara-negara ASEAN bukanlah catur bagi perebutan geopolitik, sebaliknya pendorong penting bagi menggalakkan pembangunan dan kemakmuran serantau.
"Segala tindakan untuk mencetuskan pertentangan dan pemisahan pasti akan gagal," katanya lagi.
Wang menengaskan, China bersedia berusaha bersama dengan ASEAN di bawah panduan konsensus Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-30 Hubungan Dialog China-ASEAN, mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang, menghargai dan memelihara persahabatan baik dalam kalangan rakyat, berganding bahu bagi menjayakan komuniti berkongsi nasib yang lebih erat pada masa kelak.