Ekonomi Dunia Berorientasikan Pertembungan Boleh Keluar dari Krisis

2022-05-20 13:43:31  CRI
Share with:

“Tidak berkonfrontasi melainkan berdialog, tidak mencipta melainkan menghapuskan rintangan, tidak melepaskan kaitan melainkan berorientasikan pertembungan, tidak mengasingkan pihak tertentu melainkan bersikap inklusif, dan berkonsepkan keadilan menerajui pembaharuan sistem tadbir urus global.” Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping secara maya pada Persidangan Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) dan Sidang Kemuncak Penggalakan Perdagangan dan Pelaburan Global pada Rabu.

Di sebalik pergolakan geopolitik dan penularan wabak COVID-19, sosioekonomi pelbagai negara beroperasi di bawah tekanan yang berlainan. Menurut edisi terkini Prospek Ekonomi Sedunia yang diumumkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), unjuran pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2022 diturunkan kepada 3.6%, iaitu 0.8% lebih rendah daripada unjuran sebelumnya. Bagaimana ekonomi sejagat boleh berjalan keluar dari krisis? Jawapannya adalah “tidak melepaskan kaitan melainkan mengejari pertembungan” seperti yang disarankan dan diamalkan China sejak sekian lama.

Perkataan “globalisasi” yang pernah menjadi popular di merata-rata tempat kini dibelakangi, bahkan terdapat segelintir politikus negara-negara Barat yang mengwar-warkan “melepaskan kaitan”. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) penggal ini bukan sahaja melanjutkan pelaksanaan kebanyakan dasar tarif tambahan anjuran kerajaan penggal lalu, malahan juga menaiktaraf penindasannya terhadap perusahaan China. Kebelakangan ini, Washington menggembar-gemburkan apa yang disebut “Kerangka Ekonomi India Pasifik”, dengan tujuannya melobi negara lain ‘mengepung China’ demi memelihara hegemoninya dalam bidang ekonomi dan teknologi.

Bagaimanapun, dakwaan apa yang disebut “lepaskan kaitan” dibuktikan sekali lagi bercanggah dengan permintaan pasaran.

Jumlah perdagangan bilateral China-AS pada tahun 2021 meningkat hampir 30% berbanding tahun 2020, dengan mencatat USD755.6 bilion (RM3.32 trilion), iaitu satu rekod baharu dalam sejarahnya. Menurut data statistik Kementerian Perdagangan China pula, pada empat bulan pertama tahun 2022, kontrak pelaburan AS yang terlaksana di China melambung 53.2%, jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan penggunaan modal China yang berpurata 20.5%.

Sementara itu, bertambah lantang suara umum di AS yang menyeru tarif tambahan dibatalkan bagi meredakan inflasi domestik.

Kerjasama dan menang-menang terbukti arus zaman yang tidak boleh dihalangkan.

Sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di dunia dan negara perdagangan terbesar, China sentiasa giat mendorong globalisasi ekonomi. ‘Melepaskan kaitan’ dengan China hanya akan menjadikan peluang terlepas. Mereka yang bertindak searah dengan arus zaman barulah boleh memenangi masa hadapan.