Negara BRICS: Bersatu Pelihara Multilateralisme demi Kedamaian, Pembangunan

2022-05-20 14:48:27  CRI
Share with:

Selaku pengerusi pertubuhan BRICS 2022, China giat berkomunikasi dengan negara-negara anggota lain, menyeru pelbagai negara untuk bekerjasama dan bersatu padu bagi memelihara multilateralisme serta bersama menggalakkan kedamaian dan pembangunan, kata Menteri Luar China, Wang Yi dalam Pertemuan Menteri Luar Negara-Negara BRICS, pada Khamis.

Beliau berkata, sejak China mengambil alih pengerusi BRICS, sebanyak 50 kali aktiviti penting telah dianjurkan, selain turut menggalakkan kerjasama negara BRICS mencapai hasil dan kemajuan dalam pelbagai bidang.

“Ketika menghadapi cabaran baharu dalam situasi antarabangsa, negara BRICS harus terus memegang kepada prinsip berkecuali, objektif dan adil, menyokong kedua-dua pihak Rusia dan Ukraine mewujud kedamaian melalui dialog dan rundingan,” ujar Wang.

Sementara itu, Menteri Luar Brazil, Carlos Franca pula menyatakan, Brazil menyokong usaha China dalam kerjasama negara BRICS dengan berpendapat ia memaparkan penuh keyakinan pertubuhan tersebut ketika menghadapi cabaran dunia.

“Kerjasama negara BRICS merupakan teladan kerjasama bagi negara lain yang mampu memanfaatkan semua negara anggota, malah masyarakat antarabangsa,” tambah beliau.

Menteri Luar Afrika Selatan, Naledi Pandor berpendapat bahawa kerjasama negara BRICS yang semakin meningkat membawa manfaat yang benar kepada rakyat, sekali gus memperlihatkan kepentingan dan nilai bersama yang semakin diperluas. 

Bagi Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, walaupun iklim politik antarabangsa kurang baik, tetapi negara BRICS tetap memperkasakan kerjasama yang berkaitan, berusaha memainkan peranan pimpinan untuk menangani isu antarabangsa.

Menteri Luar India, S. Jaishankar turut menyeru pelbagai negara berusaha bersama untuk memelihara multilateralisme.