Ekologi Sungai Hutuo Kian Baik

2022-05-20 11:07:06  CRI
Share with:

Sungai Hutuo digelar sungai ibunda bagi Shijiazhuang, ibu kota provinsi Hebei. 

Sejak 2017, kerajaan tempatan giat memulihara ekologi di sepanjang aliran sungai itu menerusi langkah bersepadu seperti memulihkan tanah paya, membina empangan bagi menakung air, dan melaksanakan kempen penghijauan.

Hasil usaha tersebut, sebuah koridor landskap ekologi hijau berjaya dibentuk, sekali gus membolehkan para pengunjung bersantai dan beriadah sambil menikmati pemandangan mempesona di situ.