Masyarakat Antarabangsa Perlu Bertindak Stabilkan Pasaran Bijirin

2022-05-20 14:49:07  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) telah mengadakan perbincangan terbuka tentang masalah konflik dan keselamatan bijirin semalam. Wakil tetap China ke PBB, Zhang Jun telah membentangkan pendapatnya mengenai bersama-sama menangani isu keselamatan bijirin sedunia.

Beliau mencadangkan bahawa hendaklah meningkatkan penyelarasan tindakan untuk menstabilan pasaran bijirin sejagat, meningkatkan bantuan kecemasan untuk membantu negara rentan mengatasi kesukaran. Selain itu, transformasi sistem pembekalan bijirin sedunia perlu digalakkan di samping memberikan lebih banyak bantuan kepada negara membangun untuk membangunkan pertanian.

Serentak itu, masalah yang perlu diberi tumpuan dan diselesaikan adalah perkembangan pasaran bijirin dunia yang tidak seimbang, dan penghasilan bijirin di negara membangun yang terkesan ekoran pelaksanaan dasar subsidi yang tinggi di negara moden sejak sekian lama.

Zhang Jun menekankan bahawa yang paling diperlukan dunia pada masa ini adalah amalan multilateralisme yang benar, perbuatan negara besar yang sudi memikul tanggungjawab yang wajar dan kerjasama sejagat secara sama rata, kondusif, membangun bersama-sama dan berkongsi.