AS Digesa Berhenti Hebohkan Isu Taiwan Menjelang Perhimpunan WHO

2022-05-20 14:45:38  CRI
Share with:

China membantah manifestasi Amerika Syarikat (AS) tentang menyarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengundang Taiwan menyertai perhimpunannya selaku penasihat. China menggesa AS agar berhenti mengheboh-hebohkan isu Taiwan pada saat menjelang perhimpunan WHO. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian semalam.

Menurut laporan berkenaan, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengeluarkan satu kenyataan kelmarin yang bersikap tegas mencadangkan WHO agar mengundang Taiwan selaku penasihat menyertai Perhimpunan WHO ke-75 yang bakal diadakan pada bulan ini.

Sehubungan itu, Zhao menyatakan bahawa penglibatan Taiwan dalam aktiviti pertubuhan antarabangsa termasuk WHO mesti dilakukan berdasarkan prinsip Satu China. ‘Kerajaan Republik Rakyat China adalah satu-satunya wakil China yang sah di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)’ termaktub dalam Ketetapan No.2758 Perhimpunan PBB, sedangkan pengiktirafan yang sama pun termaktub dalam Ketetapan No.25.1 Perhimpuan WHO.

Menurut Zhao, kerajaan pusat amat mementingkan kesihatan dan kesejahteraan saudara setanah air Taiwan dan sudah menggubal kerangka yang kondusif bagi Taiwan menyertai urusan kesihatan sejagat berdasarkan prinsip Satu China. Saluran milik Taiwan untuk mendapat maklumat yang berkenaan dan menyertai usaha melawan wabak COVID-19 di arena antarabangsa adalah lancar.

Zhao menekankan bahawa AS seharusnya mematuhi prinsip Satu China dan peraturan dalam tiga Pengumuman Bersama China-AS, mematuhi undang-undang antarabangsa dan tata tertib asas hubungan antarabangsa, dan berhenti mengheboh-hebohkan isu Taiwan pada saat menjelang Perhimpunan WHO. Sebarang gimik yang bertujuan memperalatkan Taiwan untuk mengekang Tanah Besar China pasti mengundang bantahan pedas dari masyarakat antarabangsa dan hanya akan menjadi sia-sia sahaja.