Jepun Didesak Bersungguh-sungguh Laksanakan NPT

2022-05-21 16:07:19  CRI
Share with:

Jepun didesak meneliti ucapan dan tindakannya, di samping bersungguh-sungguh melaksanakan Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT). Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media Jumaat susulan laporan media tentang kandungan berkaitan “ketelusan kuasa nuklear China” yang termaktub dalam Kenyataan Bersama Jepun-Amerika Syarikat (AS) yang bakal disiarkan pada 23 Mei.

Dimaklumkan, Jepun dan AS merancang satu kenyataan bersama pada Isnin minggu depan yang menyeru China agar meningkat ketelusan kuasa nuklear dan mempercepat perlucutan senjata nuklear. Kenyataan bersama itu juga dijangka merangkumi jaminan nuklear yang diperhebat AS di Jepun.

Wang berkata, AS mempunyai gudang senjata nuklear yang berskala paling besar dan paling canggih di dunia. Seandainya benar-benar mengendahkan kawalan senjata nuklear, AS patut menjunjung tinggi dokumen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan persepakatan antarabangsa, memikul tanggungjawab dalam usaha mengurangkan senjata nuklear secara besar-besaran dengan cara yang boleh diperiksa dan terikat dari sisi undang-undang, sehingga menyumbang kepada keseimbangan strategik dan kestabilan global dan serantau.

Wang menegaskan, kebelakangan ini, terdapat segelintir politikus Jepun yang mengwarkan "berkongsi tenaga atom" dengan AS dan mengimport senjata nuklear dari negaranya. Ini turut menimbulkan keprihatinan cemas dalam masyarakat antarabangsa termasuk China.

Wang berkata, China melaksanakan dasar tidak menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu. Sebarang negara yang tidak menyasarkan China dengan senjata nuklear tidak payahlah berasa risau tentang senjata nuklear milik China. Inilah ketelusan yang bermaka paling realistik.