IAEA: Rakyat Jepun dan Negara Jirannya Berhak Tunjukkan Kekuatiran

2022-05-21 15:29:55  CRI
Share with:

Rakyat Jepun dan negara serta rantau berdekatan berhak menunjukkan kekuatiran terhadap rancangan Jepun tentang pelepasan kumbahan air nuklear ke laut.

Demikian ditegaskan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Mariano Grossi sebelum mengakhiri lawatan tiga hari di Jepun. Menurut beliau, pihaknya akan meneruskan verifikasi terhadap rancangan berkenaan.

 

Grossi berkata, penduduk Fukushima perlu dihormati sedapat mungkin. Mereka segera menderita trauma semasa tercetusnya kejadian kebocoran nuklear janakuasa nuklear Fukushima, dan seterusnya dihantui pengaruh negatifnya. Pada waktu yang sama, negara dan rantau berdekatan juga berhak menunjukkan rasa bimbang terhadap rancangan pelepasan berkenaan.

 

Sementara itu, bantahan rakyat Jepun terhadap rancangan pelepasan air kumbahan nuklear ke laut tidak pernah berhenti. Beberapa kumpulan penduduk mengadakan kempen tunjuk perasaan di depan Mahkamah Tinggi Tokyo pada tengah hari semalam untuk menyokong penduduk Fukushima mendesak Syarikat Kuasa Elektrik Tokyo memikul tanggungjawabnya.

Para penunjuk perasaan juga menentang perbuatan Jawatankuasa Perancangan dan Peraturan Tenaga Atom Jepun yang meluluskan rancangan pelepasan air kumbahan nuklear dari loji janakuasa nuklear Fukushima ke laut.