ASEAN Adakan Forum Inisiatif Pembangunan Sejagat di Jakarta

2022-05-21 15:27:29  CRI
Share with:

ASEAN telah mengadakan Forum Jakarta mengenai Inisiatif Pembangunan Sejagat secara dalam talian semalam, yang merupakan aktiviti pertama bagi Forum Hubungan China-ASEAN Tahun 2022.

Turut hadir, penolong Menteri Luar China, Wu Jianghao, Naib Setiausaha ASEAN, H.E. Ekkaphab Phanthavong, Duta Besar China ke ASEAN, Deng Xijun dan wakil-wakil negara ASEAN.

Mesyuarat kali ini bertemakan “memperkasakan kerjasama antara Inisiatif Pembangunan Sejagat dengan Visi 2025 Komuniti ASEAN, mempercepat pelaksanaan agenda pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2030”.