Larian Pertama "Pelepasan Kastam Cepat" Laluan Kereta Api China-Laos
Sebuah kereta api muatan makanan tempatan dan mesin pertanian dilaporkan bertolak dari Chongqing, China pada Sabtu, dan dijangkan akan tiba di Vientiane, Laos empat hari kemudian. Ini adalah larian yang pertama yang bermodelkan "pelepasan kastam cepat" yang berjalan keluar sempadan menyusul Laluan Kereta Api China-Laos.
Dimaklumkan, masa pelepasan kastam boleh dijimatkan sebanyak 24 jam, masa perjalanan boleh dipendekkan satu hingga dua hari, dan kos pengangkutan boleh dikurangkan RMB200 (RM131.6) bagi setiap kontena melalui pengangkutan kereta api yang bermodelkan "pelepasan kastam cepat".
Untuk rekod, sejak Laluan Kereta Api China-Laos beroperasi pada Disember tahun 2021, jumlah larian Chongqing-Vientiane telah mencecah 80 kali lebih dengan kargo yang diangkutnya mencatat 1,000 TEU lebih yang bernilai RMB300 juta (RM197.4 juta). Sementara itu, jumlah pengangkutan bulanan menunjukkan peningkatan yang stabil, dan destinasinya melibatkan Laos, Thailand, Malaysia, Myanamr, malah beransur-ansur menjangkau benua Euroasia.