PM Pakistan Komited Eratkan Hubungan dengan China

2022-05-22 15:29:49  CRI
Share with:

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif pada Sabtu berkata, pihaknya komited meningkatkan hubungan persahabatan Pakistan-China dan pemupukan rasa saling percaya ke tahap lebih tinggi.   

Dalam ucapan tertulis beliau sempena ulang tahun ke-71 hubungan diplomatik Pakistan-China, Shehbaz Sharif berkata, kedua-dua negara sudah menyaksikan tercapainya perkembangan yang berterusan dalam hubungan bilateral. 

“Pakistan akan mempercepatkan pembinaan projek Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) dan menanti-nantikan kesegaran dapat disuntik  ke dalam pembinaan berkenaan melalui pengemaskinian projek baharu.

“Pihak Pakistan bertekad untuk membawa pelancar serangan terhadap warga China ke muka pengadilan,”kata Shehbaz Sharif.

Beliau menambah bahawa pihaknya akan memperkasa pembinaan infrastruktur bagi menjamin keselamatan warga China di negaranya.

Ucapan tertulis tersebut dibaca oleh Menteri Maklumat dan Penyiaran Pakistan Marriyum Aurangzeb yang menghadiri aktiviti sambutan ulang tahun ke-71 hubungan diplomatik Pakistan-China anjuran Kedutaan Besar China di Pakistan pada Sabtu.