Xi: Keselamatan dan Pembangunan Signifikan bagi BRICS

2022-05-23 11:02:48  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping Ketika menyampaikan ucapan video dalam upacara perasmian Mesyuarat Menteri Luar BRICS yang diadakan pada Khamis lalu, telah menegaskan kesignifikanan keselamatan dan pembangunan. Kenyataan beliau mendapat sambutan meluas di arena antarabangsa dan turut dicatatkan dalam kenyataan bersama mesyuarat berkenaan.

Mekanisme kerjasama BRICS yang terdiri daripada lima negara pasaran baru muncul yang terbesar di dunia, merupakan peneraju bagi negara-negara membangun dan memainkan peranan yang amat penting di arena politik dan ekonomi dunia.

Keselamatan politik merupakan penopang penting bagi kerjasama BRICS. Inisiatif keselamatan global yang disyorkan oleh Presiden Xi menyediakan pelan China untuk merungkai dilema keselamatan sejagat. Beliau menegaskan lagi peri pentingnya inisiatif tersebut dalam ucapan kali ini dan menyatakan bahawa negara anggota BRICS perlu saling menjaga kepentingan teras dan perhatian penting antara satu sama lain, saling menghormati kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan, menentang hegemonisme dan politik kekuatan, menentang mentaliti Perang Dingin dan konfrontasi antara blok supaya membina bersama komuniti keselamatan sesama insan.

Sementara itu, pembangunan merupakan satu lagi misi penting bagi negara-negara BRICS. Ketidakpastian pemulihan ekonomi sejagat kian meningkat dan masalah ketidakimbangan makin memburuk. Oleh itu, adalah lebih mustahak bagi negara-negara pasaran baru muncul dan negara-negara membangun meningkatkan perpaduan dan kerjasama. “Jadikan kek kerjasama lebih besar, tenaga kemajuan semakin kuat”. Anjuran Xi Jinping dalam ucapan kali ini sekali lagi menunjukkan semangat terbuka dan berkongsi.

Negara-negara BRICS kini merapatkan perpaduan untuk menangani cabaran baharu. Demi meningkatkan kerjasama kesihatan awam dan vaksin, Bank Pembangunan Baharu (NDB) BRICS menawarkan dana sebanyak USD10 bilion untuk menangani situasi kecemasan. Di samping itu, setiap negara anggota juga memberi pinjaman seumpama sebanyak USD1 bilion. Dalam bidang ekonomi dan perdagangan, jumlah import-eksport barangan di negara-negara BRICS mencatat USD8.55 trilion pada 2021, meningkat 33.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menampilkan prestasi yang amat cemerlang tatkala dunia bergelut dengan pandemik COVID-19.