9 Kes Tembakan Berlaku di Philadelphia pada Hujung Minggu

2022-05-23 13:18:17  CRI
Share with:


 Sekurang-kurang sembilan kes tembakan berlaku di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) dari malam 21 Mei hingga pagi 22 Mei lepas, mengakibatkan sekurang-kurang empat orang terbunuh, dan banyak yang cedera parah. Antaranya, mangsa paling muda ialah seorang kanak-kanak berumur 14 tahun. 

Media tempatan menyebut Philadelphia mengalami satu “hujung minggu yang gelap”.

 Berdasarkan statistik portal Arkib Keganasan Senjata Api AS, sejak 1 Januari tahun ini, sebanyak 16,800 orang terbunuh dan kira-kira 14,000 lagi cedera dalam kes senjata api di negara itu.