WHA Tolak Lagi Usul Melibatkan Taiwan

2022-05-23 21:55:02  CRI
Share with:

Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 dirasmikan di Geneva pada Isnin.

Jawatankuasa Umum dan Sesi Pleno WHA masing-masing membuat keputusan, menolak untuk memasukan usul "menjemputan Taiwan menghadiri WHA sebagai pemerhati" dalam agenda perhimpunan kali ini. Keputusan tersebut membuktikan bahawa prinsip Satu China telah menjadi konsensus umum masyarakat antarabangsa.

Menurut wakil China, usul melibatkan Taiwan itu tiada asas undang-undang. Resolusi 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi 25.1 WHA menyediakan asas undang-undang bagi WHO untuk mempertahankan prinsip Satu China.

WHA telah mencapai persetujuan tentang isu melibatkan Taiwan, dan menolak untuk membincangkan usul melibatkan Taiwan selama beberapa tahun berturut-turut.

Niat sebenar pihak berkuasa Taiwan dari Parti Progresif Demokratik (DPP) adalah mencari “kemerdekaan” menggunakan pandemik. Beberapa negara yang menyokong Taiwan dan ingin mengekang China melalui isu Taiwan pasti akan gagal.