Bot Terbakar di Filipina, 120 Terselamat

2022-05-23 12:02:44  CRI
Share with:

Sebuat bot yang membawa 134 orang terbakar berhampiran jeti Real di provinsi Quezon, pulau Luzon, Filipina pagi tadi, menyebabkan 7 orang terbunuh dan 3 lagi cedera parah.

Menurut Pasukan Pengawal Pantai Filipina, setakat ini, seramai 120 orang berjaya diselamatkan. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.