Jangan Politikkan Isu Kesihatan

2022-05-24 13:10:40  CRI
Share with:

Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 semalam membuat keputusan, menolak untuk memasukan usul "menjemputan Taiwan menghadiri WHA sebagai pemerhati" dalam agenda perhimpunan kali ini. WHA menolak usul melibatkan Taiwan selama enam tahun berturut-turut dan membuktikan bahawa prinsip satu China telah menjadi konsensus masyarakat antarabangsa dan tidak boleh dicabar.

Menjelang berlangsungnya WHA, Amerika Syarikat (AS) iaitu "negara paling gagal dalam melawan pandemik" sekali lagi mengemukakan usul "menjemput Taiwan dalam WHA", yang turut mendapat sokongan beberapa negara Barat seperti Australia, Britain, Kanada, dan Jepun.

Adalah jelas bahawa tindakan mempolitikkan isu kesihatan dan tidak menghiraukan kepentingan kesihatan awam antarabangsa tersebut adalah untuk "mengekang China menggunakan isu Taiwan". Manakala niat sebenar pihak berkuasa Taiwan dari Parti Progresif Demokratik (DPP) adalah mencari "kemerdekaan Taiwan" menggunakan isu pandemik.

Taiwan merupakan sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan. Penglibatkan Taiwan dalam pertubuhan antarabangsa termasuk aktiviti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mesti berdasarkan prinsip satu China.

Pada tahun 2009 hingga 2016, Taiwan menyertai WHA sebagai pemerhati dengan nama "Taipei China" dan pengaturan istimewa ini adalah berdasarkan prinsip satu China dan Persetujuan 1992 yang dipertahankan oleh Tanah Besar dan Taiwan.

Walau bagaimanapun, sejak Parti Progresif Demokratik (DPP) memegang kuasa di Taiwan pada 2016, pihaknya menolak Persetujuan 1992 dan mencari "kemerdekaan Taiwan". Asas politik bagi penglibatan Taiwan dalam WHA tiada lagi. Itulah sebabnya hampir 90 buah negara mengutus surat masing-masing kepada WHO, menyatakan pendirian mempertahankan prinsip satu China dan menentang Taiwan menyertai WHA.

Sejak 2017, sandiwara politik "menyokong Taiwan menyertai WHA" telah berulang kali ditolak, dan beberapa negara Barat harus merenung kembali. Prinsip satu China tidak boleh dicabar, dan niat untuk mengekang China melalui isu Taiwan atau mewujudkan "kemerdakaan Taiwan" melalui pandemik pasti akan gagal.