Penduduk Jepun Bantah Rundingan Pemimpin AS-Jepun

2022-05-24 14:01:51  CRI
Share with:

Penduduk Tokyo mengadakan perhimpunan, menentang rundingan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di Tokyo pada Isnin.

Para pemprotes menyatakan, salah satu topik penting dalam rundingan pemimpin kali ini ialah Rangka Ekonomi Indo-Pasifik yang dikemukakan oleh AS. Rangka itu sama sekali demi kepentingan AS dan amat berbahaya.

Dalam rangka lawatan kali ini, Biden juga akan menyertai sidang kemuncak mekanisme "Quad" bersama-sama pemimin Jepun, Australia dan India.

Menurut penduduk Jepun, mekanisme tersebut adalah untuk mencetuskan konfrontasi di rantau ini dan mewujudkan pertentangan blok. Oleh itu, ia patut dibantah.