Dwistandard AS terhadap Orang Asli Dibongkar

2022-05-24 12:16:30  CRI
Share with:

Laporan oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Amerika Syarikat yang diumumkan pada 11 Mei mendapati bahawa kanak-kanak di 408 buah sekolah berasrama orang asli mengalami penderaan seperti disebat dan dikenakan kerja paksa pada tahun 1819 hingga 1969. Sekurang-kurangnya 500 kanak-kanak orang asli mati akibat penindasan.

Jumlah tersebut dijangka akan meningkat sehingga mencatat beribu-ribu malah berpuluh-puluh ribu seiring perkembangan kerja penyiasatan.

Sebelum ini, pihak berkuasa AS tidak pernah memberikan penjelasan tentang jumlah kanak-kanak orang asli yang dihantar secara paksa ke sekolah berasrama seumpama itu. Kerajaan AS juga tidak dapat memperincikan jumlah mangsa yang mati dan hilang, malah jumlah sekolah seumpama di negara itu.

Penolong Setiausaha Hal Ehwal India, Bryan Newland berkata, laporan tersebut membuktikan bahawa sekolah berasrama merupakan sebahagian dalam dasar dwistandard AS terhadap orang asli, iaitu merampas tanah mereka di samping melaksanakan dasar asimilasi terhadap mereka.