Berhati-hati Komplot AS di Rantau Asia-Pasifik
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan pelancaran Rangka Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) sempena lawatannya di Jepun pada Isnin. Selain mengheboh-hebohkan "putus kaitan" dengan rantai bekalan China, dan menegaskan AS tidak akan menurunkan tarif ke pasaran negara itu, kebanyakan kandungan rangka itu tidak jelas dan amat mengelirukan.
Penganalisis berpendapat bahawa rangka itu bermotifkan jahat dan disusun menyasarkan China.
Terdapat banyak negara di rantau Asia Pasifik menyatakan "kurang faham bentuk dan fungsi kerjasama", dan "AS menuntut banyak, tapi berikan sedikit", serta "kekonsistenan ada masalah".
Duta AS di Jepun mengakui bahawa ada beberapa negara bertanya "Apa itu yang akan kami anggotai?”
Pada masa yang sama, AS menghadapi beberapa cabaran seperti inflasi tinggi dan kegagalan membendung pandemik. Ditambah lagi, tindakan AS yang "mengundurkan diri daripada perjanjian serantau" sebelum ini menjadikan banyak negara serantau kurang yakin terhadap negara itu.
Adalah jelas bahawa niat AS adalah menyasar kepada China. Namun, IPEF itu tidak dapat mengubah prospek pembangunan serantau. Globalisasi dan perdagangan bebas telah diterima secara meluas oleh negara-negara Asia Pasifik. Sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, China pula menjadi rakan dagang terbesar bagi kenyatakan negara di rantau ini. Apakah AS dapat setanding satu pasaran terbuka dengan populasi 1.4 bilion penduduk? Jawapannya adalah jelas.