China Utamakan Pemerkasaan Hak Asasi Manusia

2022-05-24 13:27:15  cri
Share with:

China sentiasa meletakkan hak kehidupan sebagai keutamaan dalam perkembangan hak asasi manusia.

Menteri Luar Wang Yi berkata, China berjaya menyara kehidupan rakyatnya yang berpopulasi satu perlima daripada penduduk sejagat dengan menggunakan hanya kurang sembilan peratus tanah pertanian di dunia.

“China juga berjaya membentuk sistem jaminan sosial terbesar di dunia serta jaringan jaminan perubatan yang meliputi seluruh rakyat,” katanya semasa bertemu Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet di sini, pada Isnin.

Menurut Wang, pemerkasaan hak untuk membangunkan diri merupakan perkara yang sentiasa diberi prioriti.

“China melakar sejarah apabila mengatasi masalah kemiskinan mutlak, di samping mencapai matlamat pembasmian kemiskinan Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB dengan 10 tahun lebih awal, serta mewujudkan masyarakat  makmur sederhana secara menyeluruh,” jelas beliau.

Selain itu, perlindungan hak dan kepentingan sah rakyat sentiasa dijadikan sebagai tugas asas.

Wang memberitahu, China merupakan satu-satunya negara besar yang menggubal dan melaksanakan secara konsisten pelan tindakan hak asasi manusia kebangsaan dalam empat fasa.

Tambah beliau, perlindungan hak dan kepentingan golongan etnik minoriti juga sentiasa dititikberatkan, sementara jaminan keselamatan rakyat diletakkan sebagai matlamat jangka panjang negara.