Fungsi Modul Eksperimen Wentian

2022-05-24 15:21:10  cri
Share with:

Pemasangan modul eksperimen Wentian telah siap dan sedang menjalani ujian di darat ketika ini sebelum ke stesen angkasa.

Sama seperti modul teras Tianhe, Wentian juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti kehidupan angkasawan termasuk tiga zon tidur, serta tandas dan dapur.

Kedua-dua modul itu boleh menempatkan enam orang angkasawan pada satu-satu masa.

Selain itu, Wentian mempunyai sebuah lengan robot bersaiz kecil yang boleh digunakan secara sendiri atau secara bersama dengan lengan robot besar modul teras bagi menjalankan aktiviti luar kenderaan (EVA).

Wentian juga berfungsi sebagai modul sandaran, selain mampu mengambil alih fungsi mengawal stesen angkasa lepas sekiranya modul teras mengalami kerosakan.