Rakyat AS Bantah Rugikan Ekonomi Sendiri untuk Sekat Rusia

2022-05-25 12:06:39  CRI
Share with:

Hasil tinjauan pendapat umum terkini oleh media Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mendapati bahawa semakin banyak rakyat negara itu tidak menyokong sekatan terhadap Rusia dengan mengorbankan ekonomi AS.

Hasil tinjauan itu juga memperlihatkan kebimbangan rakyat yang semakin meningkat terhadap inflasi dan cabaran-cabaran lain.

Sebanyak 45 peratus dewasa di AS menyatakan, keutamaan negara adalah mengenakan sekatan yang berkesan terhadap Rusia. Sementara itu, 51 peratus responden berpendapat bahawa adalah perlu untuk mengehadkan rosakan terhadap ekonomi AS.

Kenaikan harga termasuk minyak, makanan dan barang-barang kegunaan seharian telah memberikan bebanan yang besar terhadap berjuta-juta rakyat di negara itu, dan ia sekali gus mempengaruhi kehendak mereka dalam menyokong Ukraine dari segi kewangan.

Presiden AS, Joe Biden meluluskan rancangan untuk menambah bantuan sebanyak USD40 bilion kepada Ukraine pada 21 Mei lalu. Tetapi menurut keputusan tinjauan umum tersebut, rakyat kurang yakin terhadap dasar Biden. Kadar sokongan terhadapnya pula menurun ke tahap terrendah dalam tempoh jawatannya.