Kadar Sokongan Biden Jatuh ke Tahap Paling Rendah

2022-05-25 12:21:45  CRI
Share with:

Tinjauan umum terkini oleh Reuters dan agensi tinjauan pendapat Ipsos Group yang dikeluarkan semalam mendapati bahawa kadar sokongan terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden jatuh kepada 36 peratus iaitu paling rendah dalam tempoh perkhidmatannya.

Penganalisis berpendapat bahawa kemerosotan kadar sokongan itu kemungkinan besar berkaitan dengan inflasi yang amat tinggi di negara itu.