China Bersedia Tingkatkan Kerjasama dan Persahabatan dengan Jerman

2022-05-25 13:24:23  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Jerman, Annalena Baerbock secara maya pada Selasa.

Wang Yi menyatakan, perkembangan hubungan China-Jerman yang sihat dan stabil sesuai dengan kepentingan bersama kedua-dua negara, dan bermanfaat bagi China dan Jerman terus memainkan peranan membina bagi memelihara kedamaian, kestabilan dan pembangunan dunia. 

Beliau berkata, kedua-dua negara patut memanfaatkan mekanisme perbincangan kerajaan, membuat persiapan bagi aktiviti sambutan ulang tahun ke-50 ikatan diplomatik kedua-dua negara, menggalakkan dialog peringkat tinggi dalam bidang strategi, keselamatan, kewangan dan kebudayaan.

Beliau menyatakan, ekonomi China dan Jerman saling melengkapi, dan kerjasama merupakan asas hubungan baik kedua-dua negara. Diharap strategi baharu Jerman terhadap China kekal positif, pragmatik dan boleh membawa hasil yang baik.

Annalena Baerbock menyatakan, China merupakan rakan kerjasama yang penting bagi Jerman dan negara itu sedang menyusun strategi baharu terhadap China. Jerman bersedia mengekalkan komunikasi dan pertukaran lawatan pelbagai peringkat dengan China, mengintensifkan  kerjasama dalam pelbagai bidang. 

Beliau juga menegaskan bahawa kedua-dua negara perlu mengendalikan hubungan persaingan dengan baik.