Konflik Rusia-Ukraine Tingkatkan Risiko Kewangan Zon Euro

2022-05-26 13:00:11  CRI
Share with:

Bank Pusat Eropah (ECB) mengeluarkan laporan penilaian kestabilan kewangan terkini semalam menunjukkan bahawa kenaikan harga tenaga dan komoditi pukal akibat konflik antara Rusia dan Ukraine telah meningkatkan risiko inflasi, sekali gus memburukkan kestabilan kewangan di Zon Euro.

Timbalan Presiden ECB, Luis de Guindos mengulas bahawa konflik Rusia-Ukraine telah membawa impak kepada hampir semua aspek dalam kegiatan ekonomi dan pembiayaan. Dalam konteks ruang fiskal negara yang terhad, syarikat yang berhutang menghadapi lebih banyak cabaran.

Oleh itu, kata Luis de Guindos, sokongan dasar ECB perlu lebih bersasaran tepat berbanding dasar fiskal luas ketika menangani pandemik COVID-19.