Jawatankuasa Bersama Kerjasama Angkasa BRICS Ditubuhkan

2022-05-26 13:33:26  CRI
Share with:

Jawatankuasa Bersama Kerjasama Angkasa BRICS ditubuhkan pada Rabu. 

Dalam sidang pertama yang diadakan secara maya pada malam itu, Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Angkasa Nasional China (CNSA), Zhang Kejian menyatakan, penubuhan jawatankuasa tersebut akan membimbing kerjasama satelit penderiaan jauh negara-negara BRICS berkhidmat untuk pembangunan sosioekonomi negara BRICS, di samping mengintenfikan kerjasama institusi angkasa dalam perlindungan alam sekitar, pengurangan dan pencegahan bencana alam serta menangani perubahan iklim. Ia juga akan membantu untuk merealisasikan perkongsian data secara lebih efesien dan menyumbang kepada kerjasama strategik BRICS.

CNSA mengumumkan penubuhan Pusat Kerjasama Antarabangsa Data Satelit dan Pengaplikasian sempena Hari Angkasa China tahun ini untuk memperkasakan kerjasama BRICS dalam bidang berkenaan.