Anak Ketiga Panda Gergasi Dinamakan “Sheng Yi”

2022-05-26 19:54:40  CRI
Share with:

Anak ketiga pasangan panda gergasi dari China iaitu Xing Xing dan Liang Liang dinamakan "Sheng Yi".

Penamaan itu diumumkan dalam satu majlis yang diadakan di Zoo Negara di Kuala Lumpur pada Rabu.

Majlis itu turut dihadiri Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia, Dato Seri Takiyuddin Hassan.

Ouyang berkata, hubungan persahabatan antara China dengan Malaysia bersejarah lama. Setelah perbincangan, kedua-dua pihak memutuskan untuk memberikan nama “Sheng Yi” kepada anak panda itu. “Sheng Yi” bermaksud hubungan persahabatan antara kedua-dua negara akan ditingkatkan, dan mencapai kemajuan baharu serta mencapai tahap lebih tinggi.