Keganasan Senjata Api Berleluasa, Ironinya Hak Asasi Manusia Gaya AS
"Peristiwa seumpama ini hanya berlaku di negara ini dan tak pernah berlaku di mana-mana negara lain. Tiada kanak-kanak di mana-mana negara akan sangka mereka akan mati ditembak ketika bersekolah".
Senator Amerika Syarikat (AS) dari Parti Demokratik, Christopher Scott Murphy berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Dewan Senat pada Selasa.
Menurut laporan media tempatan, kes tembakan yang berlaku di Sekolah Rendah Robb bandar Uvalde, Texas telah mengakibatkan lebih 20 orang terbunuh termasuk sekurang-kurangnya 19 kanak-kanak.
Menurut laporan Jabatan Kehakiman AS baru-baru ini, pada tahun 2000 hingga 2020, syarikat-syarikat pembuat senjata api telah mengeluarkan lebih 139 juta senjata api untuk penggunaan awam. Pada tahun 2020 sahaja, jumlah itu mencatat 11.3 juta.
Pada lahirnya, halangan terbesar dalam kawalan senjata api adalah pindaan kedua Perlembagaan negara itu mengenai pemilikan senjata api oleh warganya sukar untuk diubah. Namun pada hakikatnya, masalah ini ada kaitan rapat dengan pertarungan politik, kumpulan kepentingan, rasisme dan sebagainya.
Sebagai pertubuhan pemilik senjata api paling besar dan kumpulan kepentingan yang kuat, Persatuan Senapang Kebangsaan (NRA) AS mempunyai sekurang-kurangnya lima juta ahli dan menguasai dana yang besar. Pertubuhan itu mempunyai pengaruh besar terhadap pilihan raya presiden dan kongres. Menurut statistik "open secrets", laman web yang menjejaki politik wang, jumlah perbelanjaan NRA untuk pilihan raya persekutuan melebihi USD29 juta pada 2020.
Kesemua ini berpunca daripada sikap ahli politik AS yang tidak menghiraukan hak hidup rakyat. Ketika kes tembakan tersebut berlaku, pemimpin negara itu sedang sibuk mengacau dan mencetuskan konfrontasi di Asia. Bagi ahli politik AS, sejuta nyawa yang diragut pandemik tidak penting, dan kehilangan nyawa dalam kes tembakan juga tidak penting. Hanyalah kepentingan peribadi politik dan hegemoni gaya AS adalah keutamaan bagi mereka.
Pada 10 tahun yang lalu, kes tembakan berlaku di Sekolah Rendah Sandy Hook. Akta kawalan senjata api gagal diluluskan oleh Kongres. Joe Biden, Naib Presiden pada ketika itu kelihatan susah hati apabila Presiden Barack Obama menyampaikan ucapan.
Pada masa ini, Biden telah menjadi presiden, masalah kawalan senjata api masih tidak dapat dirungkai di negara itu. Inilah mikrokosmos kegagalan tadbir urus AS, ironi besar bagi hak asasi manusia gaya AS.