Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN yang Lebih Erat
China mengutamakan hubungan dengan ASEAN, menyokong kedudukan teras ASEAN dalam rangka serantau, serta menghargai dan memelihara struktur dan hasil kerjasama serantau.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar pada Khamis, ketika diminta mengulas mengenai keputusan tinjauan umum oleh Kementerian Luar Jepun yang menunjukkan ASEAN menganggap China sebagai rakan kongsi terpenting pada masa kelak.
Wang menyatakan, pengalaman sepanjang tiga dekad sejak jalinan hubungan dialog China-ASEAN menunjukkan, kedua-dua pihak bersama-sama memegang kepada prinsip memelihara kedamaian, menentang peperangan; menyokong perpaduan dan kerjasama, mementang konfrontasi; menyokong situasi menang-menang, menentang hegemoni; serta mempertahankan keterbukaan yang inklusif, menentang pemisahan.
Beliau menambah, China adalah jiran, sahabat dan rakan yang dipercayai bagi ASEAN. Negara ini bersedia bersama ASEAN untuk membina hubungan rakan strategik komprehensif, berganding tangan untuk membina komuniti berkongsi nasib yang lebih erat dan menyumbang kepada penubuhan komuniti berkongsi nasib di rantau Asia-Pasifik.