WEF Puji Kepemimpinan China

2022-05-27 12:59:45  CRI
Share with:

Sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 berakhir di Davos, Switzerland pada Khamis.

Ketua Jabatan Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa WEF, Sean Doherty menyatakan bahawa dunia kini menghadapi pelbagai cabaran seperti penularan pandemik, konflik dan perubahan iklim, dan ini akan mengakibatkan perpecehan ekonomi, berkurangnya kerjasama ekonomi dan perdagangan, serta inflasi.

Menurut beliau, kaedah yang paling berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dialog dan kerjasama, serta menghapuskan halangan perdagangan.

Doherty menyatakan, tahun 2021 ialah ulang tahun ke-20 keanggotaan China dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Dalam tahun-tahun ini, China telah memberi sumbangan besar dan menunjukkan kepemimpinan yang hebat dalam sektor kawalan pencemaran plastik dan kemudahan pelaburan.